TUGASAN

Pelaksanaan dan Penulisan Projek Berkumpulan Projek ini adalah dijalankan secara berkumpulan di mana setiap kumpulan terdiri dari lima orang.  Setiap kumpulan perlu memilih satu tajuk yang berkaitan dengan teknologi maklumat seperti dalam senarai tajuk kuliah. Setiap tajuk yang dipilih beserta dengan rangka projek penulisan hendaklah dikemukakan kepada pensyarah sebelum memulakan penulisan dan kajian. Projek penulisan yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pensyarah pada atau sebelum 3 Jun 2011. Setiap kumpulan perlu menghantar projek penulisan dalam bentuk cakera laser (berserta dengan slaid pembentangan). Panjang  penulisan projek adalah sekurang-kurangnya 35 halaman bertaip komputer. Cara penulisan dan rujukan diwajibkan merujuk buku Gaya UKM yang boleh diperolehi dari Pusat Pengajian Siswazah.

Dari segi format penulisan projek, pada muka hadapan projek penulisan perlu diisi dengan maklumat berikut; tajuk projek penulisan, maklumat pelajar yang terdiri nama dan nombor matrik, kod kursus dan nama kursus, maklumat pensyarah, fakulti dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta semester dan sesi pengajian.

Dalam menyediakan projek penulisan, setiap kumpulan perlu kepada pembacaan yang meluas dalam tajuk yang dipilih untuk membolehkan beliau mengutarakan apa yang difahami berkenaan tajuk tersebut. Segala pandangan dan pendapat berkenaan sesuatu yang berkaitan dengan tajuk tersebut perlu disokong dengan sumber-sumber rujukan tertentu. Perlu diingatkan di sini bahawa di dalam melakukan projek penulisan ini perlu mengikut kaedah dalam mengambil dan menyebut sesuatu rujukan berdasarkan panduan yang terdapat dalam buku Gaya UKM. Setiap kumpulan perlu menggunakan sekurang-kurangnya 7 buah rujukan. Rujukan boleh dipelbagaikan termasuklah buku, jurnal, majalah, surat khabar, maklumat dari Internet dan sebagainya. Perlu diingatkan pada akhir projek penulisan, perlu disertakan dengan bibliografi bagi semua rujukan yang disebutkan dalam projek penulisan berdasarkan format dalam buku Gaya UKM. Bagi menyokong lagi hujah dan pendapat pelajar terhadap sesuatu perkara, pelajar juga digalakkan melampirkan bahan-bahan tertentu seperti gambar dan sebagainya di bahagian lampiran.

Skima penilaian dan pemarkahan projek penulisan menitikberatkan pemahaman yang mendalam dalam sesuatu tajuk yang dipilih. Usaha pembacaan yang luas dan catatan rujukan yang lengkap termasuk punca-punca primer dianggap sebagai petunjuk nyata tentang input pelajar dalam latihan ini.