ZT2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT SEMESTER III, SESI  2010 2011   

Pengenalan 
Memperkenalkan serta mendedahkan para pelajar berkenaan kepentingan Teknologi maklumat dan perananannya dalam  gaya hidup manusia kini yang berteraskan kepada Teknologi Komunikasi Maklumat.

Objektif

1.     Memahami sejarah, falsafah dan perkembangan teknologi maklumat.

2.     Mengetahui komponen-komponen teknologi maklumat secara sepintas lalu.

3.     Mengetahui undang-undang dan prinsip etika dalam teknologi maklumat.

4.     Menghargai dan menggunakan  teknologi maklumat berdasarkan undang-undang dan etika.

Pelaksanaan

Kuliah 2 jam seminggu dan tutorial 1 jam seminggu.

Penilaian

            Peperiksaan Akhir                   : 60%

            Projek Berkumpulan               : 30%

            Pembentangan                         :   5%

            Kehadiran                               :   5%                

Tajuk-tajuk
  1. Pengenalan teknologi maklumat.
  2. Sejarah perkembangan teknologi maklumat.
  3. Komponen teknologi maklumat: Komputer
  4. Komponen teknologi maklumat: Internet
  5. Komponen teknologi maklumat: Etika dalam Teknologi Maklumat.
  6. Komponen teknologi maklumat: Undang-undang Siber
  7. Telefon Bimbit
  8. Isu-isu semasa dalam teknologi maklumat: Penggodam
  9. Isu-isu semasa dalam teknologi maklumat: Plagarism dan Privacy
  10. Bagaimana kita menghargai dan menggunakan Teknologi Maklumat sebaik mungkin di dalam kehidupan kita seharian.
  
Tutorial

Sesi tutorial akan diadakan setiap minggu bergantung kepada keperluan selama satu jam di mana setiap pelajar dikehendaki memberi tumpuan sepenuhnya kepada sesi tersebut. Masa tutorial akan dipenuhi dengan sesi perbincangan berdasarkan tajuk dan isu-isu yang dikuliahkan pada hari tersebut. Para pelajar dikehendaki proaktif dalam sesi perbincangan di mana penglibatan mereka akan diberi markah. Pelajar boleh mengemukakan persoalan dan permasalahan; ide-ide dan juga jawapan berdasarkan topik yang dibincangkan dalam kuliah.

RUJUKAN 


Abdul Razak Hamdan dan dll. 2000. Teknologi Maklumat. Malaysia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

Hutchinson, Sarah E. 2000. Computers, communications and information : a user’s introduction. Boston: McGraw Hill.

Laudon, Kenneth. 1996.  Information Technology and Society. London: Cambridge.

Loveless, Avril & Ellis, Viv. 2001. ICT, pedagogy and the curriculum: subject to change. London:  Routledge/Falmer.

Spinello, Richard A. 1995. Ethical Aspects of Information Technology. New Jersey. Prentice Hall.

Turban, Efraim. 2001. Introduction to information technology. New York:  John Wiley & Sons.

William, Brian. K. 2001. Using information technology: a practical  introduction to computers & communications. Boston, Mass.: McGraw-Hill.